Selamat datang ke laman web butik pengantin rose merah.
Terima kasih atas lawatan anda ke laman ini.
Kami menyediakan perkhidmatan butik kecantikkan dan butik pengantin dengan pelbagai pakej mengikut keperluan dan budget anda.

Kami hanya menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para mempelai yang inginkan majlis perkahwinan yang indah dan gemilang dengan harga yang berpatutan. Dengan pengalaman yang sungguh luas dalam bidang andaman perkahwinan menjanjikan kualiti hasil kerja yang pasti mempersonakan.

Butik kami juga menyediakan pelbagai pilihan fesyen pakaian pengantin dan pakaian pertunangan yang terkini dan rekaan pelamin yang terbaru serta memberi hak kepada pelanggan untuk memilih sendiri mengikut citarasa dengan harga yang berpatutan. Pakej kami juga lengkap dengan perkhidmatan fotographer professional bagi merakamkan detik-detik bersejarah anda.

Perkahwinan anda merupakan suatu peristiwa bersejarah yang perlu anda lalui dengan penuh bermakna.Apalah gunanya wang berjuta ringgit sekiranya majlis perkahwinan anda tidak berlangsung sepertimana yang anda inginkan. kami memastikan pelanggan kami mendapat pakej idaman yang mereka inginkan supaya kenangan bersejarah ini dapat diabadikan sepanjang hayat mereka.

Jadi apa lagi...Kunjungi Butik Andaman Rose Merah untuk mendapat pandangan yang lebih jelas tentang pakej yang kami berikan. Kunjungan awal anda semua amatlah bermakna untuk mengelakkan kesuntukkan masa menjelang majlis perkahwinan anda..

Butik Andaman Rose mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan. Semoga niat yang suci ini akan mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t dan akan bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.